Peminat dan pesaing S.S.D. Palermo

Majoriti penyokong Palermo datang dari bandar Palermo dan kawasan sekitarnya. Selain itu, Palermo juga semakin popular di bahagian barat pulau Sicily dan juga di bahagian utara Itali apabila terdapat beberapa imigran Sicily menetap di situ dan itulah faktor Palermo terdapat ramai penyokong ketika bertandang di tempat lawan. Penyokong Palermo terutamanya di kalangan penghijrah Sicily turut dikenali di luar negara Itali. Terdapat beberapa peminat Palermo menetap di sekitar bandar Solingen di Jerman dan di situ, terdapat kelab FC Rosaneri, diambil dari gelaran pasukan ini dan pada tahun 2007, mereka beraksi di Kreisliga B.

Penyokong Palermo berkait rapat dengan semangat "kekitaan" untuk Sicily. Contohnya, penyokong atau ultras Palermo banyak mengibarkan bendera Sicily ketika perlawanan Palermo dan itu bukanlah satu perkara yang tidak biasa. Penyokong Palermo juga "dikembarkan" dengan ultras Lecce.

Penyokong-penyokong Palermo sewaktu pertembungan Sicily menentang Catania pada 2006.

Mengikut kaji selidik yang dibuat pada 2008, pasukan ini terdapat kira-kira 1.47 juta peminat di Itali dan berada di kedudukan kesepuluh kelab yang memiliki peminat teramai di Itali.

Paling diingati ketika bertandang ke Rom pada aksi final Coppa Italia pada 29 Mei 2011 menentang Inter yang berkesudahan Palermo tewas 3-1. Mengikut data statistik, peminat Palermo ketika memberi sokongan di Stadio Olimpico terdapat 45,000–50,000 peminat, lebih ramai berbanding peminat dari kelab lawan, Nerazzurri .

Pada 13 Julai 2012, peminat-peminat Palermo diakui sebagai paling baik buat musim 2011-12 dengan memperoleh pengiktirafan Trofi Permainan Adil "Gaetano Scirea" oleh Majlis Serie A.

Pesaing terbesar Palermo ialah satu kelab yang terletak di satu pulau yang sama, Catania. Perlawanan antara Palermo dan Catania biasanya dirujuk sebagai pertembungan Sicily walaupun di pulau itu terdapat lagi pasukan Sicily, iaitu Messina yang beraksi di Serie A baru-baru ini bersama-sama dengan Palermo dan Catania. Pertembungan dengan Messina bagaimanapun tidak semeriah ketika menentang Catania.

Perlawanan antara Palermo dan Catania sewaktu musim 2006–07 yang berlangsung pada 2 Februari 2007 Stadio Angelo Massimino, Catania kekal dalam ingatan apabila seorang angggota polis, Filippo Raciti meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah ketika bertempur dengan peminat-peminat Catania. Peristiwa ini membawa kepada Pesuruhjaya Persekutuan Itali, Luca Pancalli untuk menggantung kesemua liga bola sepak dan acara pasukan kebangsaan di seluruh negara dalam masa beberapa minggu.